? ??????????????A Little Paisley? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??15 Grabs Today. 2934 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Dark Tree? ????? ?? ???Rating: 4.4 (14 Ratings)??15 Grabs Today. 11222 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Ea BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, May 27, 2009

jom baca

salam..best crita nih. lagi skali saya copy. duk kat pejabat, blom jumpe mase nk create original post.men copy jer. xpe kn..yang penting, pengisiannye untuk saya dan teman2 yg drop by kat blog nih. saya berdoa utk jadi cam "saya" dalam crite nih. tekadnye dia. camne nk tekad cmtuh. saya nk tau sgt2 sbb saya selalu kalah dengan perasaan sndiri. berkali-kali saya membiarkan diri ini diketawakan oleh syaitan akibat menurut kehendaknya..Ya Allah, beriknlah aku sedikit kekuatan dari seluruh kekuatanMu..amin..

tanpa melengahkan masa, jemputlah baca. jom kita sama-sama ambil iktibar dari crita menarik nih..


*******SELAMAT MEMBACA***********

Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita. Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar. Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya. Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan. Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak mebisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja. Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak. Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya. Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak. Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja.Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya.



*********TAMAT**********
urmm...dapat sesuatu tak?? hopefully, dapatlah pengajarannya...daaaaaaa

Tuesday, May 26, 2009

Hidup terlalu singkat untuk membenci


Buat saya yang selalu lupa
Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.
Namun, itu hanya bisik 'hati besar sy'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.
Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"
Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati.
Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan sy. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Saya akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah sy akan terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah sy letakkan. Tidak akan sy bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci.
Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"
Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.
Kini hati sy tertanya-tanya lagi...siapa sy, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Saya hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa sy yang kerdil ini untuk terus berdendam?
Ya ALLAH, ampunilah aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..
petikan dari iluvislam .com

Monday, May 25, 2009

bila kau merasa lelah......

"Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu."

Sunday, May 24, 2009

Ya Allah....

Ya Allah...
ampunkan aku kerana kealpaanku...
lindungi la hatiku ini..
kerna ianya serapuh kaca...
Ya Allah...
tenangkanlah hati ku ini dengan ketenanganMu..
Amin...

Tuhan dulu pernah
aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah
kini jadi parah
Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa menhiris hati
Tuhdan dosaku menggunung
Taki rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi
Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu
tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaKu

kadangkala yang berlaku, di luar kemahuan kau dan aku

Jangan Ada Benci
Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakitiMemusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku


sepintas lalu..
lirik lagu nih, aku cari setelah diingatkan oleh seorang teman...
ya..

"kadangkala yang berlaku..di luar kemahuan kau dan aku..."

cm sedih jer..
impian..hanya sekadar impian..
kerana apa??
kerana Dia ada sesuatu yang terbaik untuk kita...
ntah bila dan di mana..
hanya Dia yang tahu segalanya...

Ya Allah...
berikanlah aku kekuatan..
untuk kuhadapi hidup ini...
kuatkanlah semngatku...
sebagaimana telah Kau kuatkan semangat org2 yang terdahulu..

Friday, May 22, 2009

bismillahirrahmanirrahim...

segala-galanya sudah kembali seperti biasa..
alhamdulillah...
semua atas kehendakNya...
dan aku...
sebagai hambanya yang amat-amat lemah...
rasa bersyukur kerana diberi kekuatan olehNya..
utk hadapi sekecil dugaan dari seluas lautan...