? ??????????????A Little Paisley? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??15 Grabs Today. 2934 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Dark Tree? ????? ?? ???Rating: 4.4 (14 Ratings)??15 Grabs Today. 11222 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Ea BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, October 18, 2009

tentang dia!

Hanya aku yg paling mengenal diriku..
Yakah? Entahla..Kadang-kadang, aku sendiri tidak mengenali siapa diri ini..sering kali aku hanyut dalam emosi sendiri tanpa memikirkan insan di sisi..insan yg slalu menemani diri ini...maafkan wahai insan! aku hanyalah hambaNya yang lemah..maafkan aku wahai diriku…aku mahu menjadi yang baik2 tetapi aku tetap menjadi diriku..Wahai insan-insan yang aku sayangi..maafkan aku, bantulah aku!

Ibu


Terima kasih atas segala…pengorbananmu tak mungkin terbalas olehku sepanjang hayat ini..kesabaranmu yang menggunung menambah sayu di hati ini..

Betapa besar jasanya
Betapa murni kasih sayangnya
Mendidik dan mengasuhku hingga aku dewasa
Segala kesusahan
Segala penderitaan
Kau hadapi dengan sabar
Tanpa putus asa, gelisah, kecewa

Ibuku tercinta
Segala baktimu kuterima
Hanya Tuhan dapat membalasnya
Syurga diakhirat sana
Wahai tuhan ku
Ampunkan dosa
Ibu Ayahku
Kasihanilah mereka
Seperti kau mengasihiku
Wahai Tuhanku
Redhakan Ibu dan Ayahku
Kasihanilah mereka
Selamatkan dari azab neraka

Saat aku tak mampu membantu, hanya doa yang kutitipkan buatmu supaya Dia terus-menerus memberi kekuatan kepadamu untuk menjalani hidup ini dengan caramu tersendiri..Moga kau sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa di muka bumi ini..


Sahabat

Buat insan bergelar sahabat..Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi..Melayani kerenah dan kelemahan diri dengan penuh kesabaran…Aku bukan insan yang sempurna yang mampu mengawal kehendak diri.Aku lemah bahkan aku amat-amat lemah! Maafkan aku...Aku pasti hatimu selalu tercalar akibat sikap dinginku..Itu aku....hanya kau yang mengenali aku sebegitu rupa..
Di mata insan lain, aku seorang ceria..aku peramah..tp aku juga pemarah! Marah dengan emosi sendiri..marah dengan kehendak diri..
Untuk semua itu, aku mohon maaf. Aku mohon maaf. Aku mohon maaf dengan sangat…
Gelak tawaku, senda gurauku..kadang-kadang tanpa sedar telah menghiris hati-hati kalian…jangan sangka aku begini dan begitu…kerana aku memang begini..usah segan menegurku. kerna kalian adalah cerminan diriku!

Sahabat,
Jgn pernah lelah berada disisiku..
Sahabat,
Aku bukanlah insan yg sempurna tuk bersamamu..
Telah kukatakan padamu, Kau tidak akan menyukai bila kau mengenaliku..
Maafkan aku kerna tak mampu menjadi orang yang kau senangi..
Sahabat,
Apa yang kau lihat, itulah diriku..
Aku banyak berkata-kata.. Dalam kata-kata itu, telah ramai yang terluka..
Aku banyak ketawa.. Dalam gelak tawa itu, hatiku selalu derita..
Sahabat,
Ku mohon, kau sentiasa maafkan..
Tingkahku yang tak kau senangi..
Tuturku yang menyakiti..
Aku sedang merubah diri..
Satu yang perlu kau tahu..
Aku sentiasa menyayangimu..
Sahabat,
Saat nanti…
Bila kita tak jumpa lagi..
Aku janji pada diriku..
Bayangmu sentiasa disisi..
Kerna aku pasti…
Apa yang ada dalam dirimu..
Lebih jelas kiranya engkau tidak disini..
Sahabat,
Kiranya tiba hatimu kembali sepi…
Serulah kenangan yang kita ciptakan..
Saat indah suka duka..
Kita sentiasa bersama..
Sahabat,
Selagi bintang berkedip,
Selagi mentari bersinar,
Selagi berombak lautan,
Selagi ada kicauan burung,
Selagi kita masih bernyawa,
Kau tetap akan ku ingati..


Terima kasih sahabat!

2 comments:

jujahxo. said...

saya sayang ibu saya!
saya jugak sayang kawan kawan saya!
sayang, sayang, sayang :)

ama said...

ya..sayang semua!